Tugasan ini menelusuri secara mendalam cabaran yang dihadapi dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar sektor awam. Perbincangan ini diperkukuhkan melalui perkongsian pengalaman serta pandangan daripada seorang pegawai kanan keraajaan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam.
Tokoh yang dimaksudkan adalah En. Shahrul Bin Harun, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M11 yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang.
Menerusi temu bual yang dijalankan, beliau berkongsi pandangan mengenai cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam dalam menterjemahkan dasar kepada tindakan yang berkesan. Antara cabaran yang dikenal pasti termasuklah penyelarasan antara agensi, keterbatasan sumber serta keperluan menyesuaikan dasar dengan perkembangan semasa. Perkongsian ini memberikan gambaran sebenar tentang pelaksanaan dasar di lapangan dan membantu meningkatkan pemahaman terhadap faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu dasar.