Back
Flip
Vertical
Horizontal
All Pages
1 / 16
Mailing List
Share
Fullscreen
aifaa asri avatar
Schools & Yearbooks

GMGAJ3033 OPERASI DASAR AWAM

By aifaa asri

Go to stand
Share link
https://covver.com/magazine/ayfaaaa08/gmgaj3033-operasi-dasar-awam
Published
Jul 9, 2026
Pages
16
Language
English

More in this magazine

  • CoverQUUM Universiti Utara Malaysia
  • Page 2UUM Universiti Utara Malaysia SINTOK
  • Page 33 PRAKATA
  • Hi KandunganLatar belakang Tokoh Penglibatan Dalam Pembuatan Dasar
  • Page 55 Latar Belakang Tokoh
  • HAK KERAMANPENGLIBATAN DALAM PEMBUATAN DASAR Sepanjang berkhidmat dalam sektor awam, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembentukan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan di peringkat pentadbiran. Penglibatan dalam pelbagai dasar kerajaan telah memperkaya pengalaman beliau dalam memastikan setiap dasar diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan. Menurut beliau, setiap dasar yang digubal mempunyai skop pelaksanaan yang berbeza mengikut peringkat pentadbiran.
  • CABARAN MEMBUAT DAN MELAKSANAKAN DASARCabaran Utama Dalam Pelaksanaan Dasar Cabaran utama dalam menyeimbangkan pelaksanaan dasar dengan kehendak masyarakat ialah ketidakpuasan hati yang timbul dalam kalangan pihak yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan sesuatu dasar. Beliau menjelaskan bahawa setiap dasar baharu lazimnya membawa perubahan terhadap amalan dan prosedur kerja sedia ada. Perubahan ini sering menimbulkan rasa kurang selesa, khususnya apabila melibatkan kawalan yang lebih ketat atau perubahan kepada rutin harian.
  • Page 88 Cabaran Mengimbangi Kepentingan Pelbagai Pihak
  • Page 99 Kekangan Bajet atau Tenaga Kerja Dalam Perlaksanaan Dasar
  • Page 1010 Pengaruh Birokrasi dan Struktur Hierarki Dalam Proses Pembentukan Dasar
  • Page 1111 Cabaran dalam Mendapatkan dan Mengurus Input Pihak Berkepentingan
  • Page 12Stank Angit the Vaze Shan
  • Page 1313 Cabaran Dalam Mengukur Kejayaan atau Kesan Sesuatu Dasar
  • Pengaruh komunikasi Terhadap Pelaksanaan DasarDOOD Pengaruh komunikasi menurut Encik Shahrul Bin Harun merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar. Sesebuah dasar yang baik sekalipun boleh menerima tentangan sekiranya objektif, tujuan dan rasional pelaksanaannya tidak disampaikan dengan jelas kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan sejak peringkat awal sebelum sesuatu dasar diperkenalkan.
  • Page 1515 Kesimpulan
  • SENARAIRUJUKAN Ahmad Atory Husain, & Malike Brahim. (2017). Politik pentadbiran di Malaysia: Penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional.
Text of this page

Pengaruh Birokrasi dan Struktur Hierarki Dalam Proses Pembentukan Dasar

Menurut beliau, setiap dasar perlu melalui beberapa peringkat kelulusan sebelum boleh dilaksanakan. Proses ini melibatkan penyediaan kertas kerja, pembentangan kepada pengurusan tertinggi dan hanya selepas mendapat kelulusan, dasar tersebut boleh dilaksanakan. Tanpa kelulusan pihak atasan, pelaksanaan sesuatu dasar boleh menimbulkan masalah dari sudut pentadbiran.

Beliau menjelaskan bahawa pembentukan dasar boleh berlaku melalui dua pendekatan, iaitu top-down (dari atas ke bawah) dan bottom-up (dari bawah ke atas). Walau bagaimanapun, beliau lebih cenderung kepada pendekatan bottom-up kerana pegawai di peringkat bawahan lebih memahami keperluan dan cabaran sebenar di lapangan. Menurut beliau, pandangan daripada pelaksana amat penting bagi memastikan dasar yang digubal lebih praktikal dan berkesan.

Dari aspek hirarki, setiap cadangan perlu melalui beberapa peringkat sebelum diluluskan. Sebagai contoh, cadangan yang disediakan oleh pegawai bawahan perlu mendapat sokongan pegawai penyelia terlebih dahulu sebelum dibawa kepada pengurusan tertinggi untuk pertimbangan dan kelulusan. Proses ini penting bagi memastikan setiap dasar diteliti dengan sewajarnya sebelum dilaksanakan.

Kepentingan Maklumat dan

Data dalam Pembentukan Dasar

Menurut beliau, kecukupan maklumat dan data bergantung kepada jenis serta skala sesuatu dasar yang ingin dibentuk. Bagi dasar di peringkat Persekutuan, data yang komprehensif dan sahih merupakan elemen penting dalam proses pembentukan dasar kerana setiap keputusan perlu disokong oleh bukti empirikal serta hasil kajian yang sistematik. Sebagai contoh, cadangan pembukaan sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) memerlukan analisis terhadap pelbagai aspek, termasuk taburan penduduk, lokasi yang strategik serta keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan di kawasan berkenaan bagi memastikan dasar yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan semasa.

Sebaliknya, di peringkat organisasi yang lebih kecil, penggunaan data masih penting tetapi lebih bersifat fleksibel dan disesuaikan dengan keperluan organisasi. Dalam situasi tertentu, keputusan boleh dibuat berdasarkan maklumat dalaman yang sedia ada, seperti peruntukan kewangan, sumber organisasi dan keperluan operasi semasa. Beliau memberi contoh bahawa walaupun pekeliling membenarkan pegawai menggunakan kenderaan sendiri bagi urusan rasmi, organisasi boleh menetapkan amalan berkongsi kenderaan (carpool) sebagai langkah mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengawal perbelanjaan apabila peruntukan kewangan adalah terhad.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa data bukan sahaja berfungsi sebagai asas dalam pembentukan dasar, malah turut membantu organisasi membuat keputusan yang lebih cekap, praktikal dan berkesan mengikut keperluan semasa.

Tempoh Pengumpulan Data Bergantung pada Skala Pembentukan Dasar

Hasil temu bual menunjukkan bahawa tempoh pengumpulan maklumat bergantung pada skop, kompleksiti dan jenis dasar yang ingin dibangunkan. Bagi dasar di peringkat organisasi, maklumat lazimnya telah tersedia dalam rekod dalaman dan hanya memerlukan proses semakan serta pengesahan tanpa melibatkan kajian yang menyeluruh atau khidmat perunding.

Sebaliknya, bagi dasar di peringkat yang lebih besar, khususnya di peringkat nasional, proses pengumpulan data memerlukan tempoh yang lebih panjang kerana melibatkan analisis yang komprehensif serta pengumpulan maklumat daripada pelbagai agensi berkaitan, termasuk Jabatan Perangkaan.

Proses ini penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil berasaskan data yang sahih, tepat dan relevan, sekali gus menghasilkan dasar yang lebih berkesan serta memenuhi keperluan semasa.