HAK KERAMANPENGLIBATAN DALAM PEMBUATAN DASAR Sepanjang berkhidmat dalam sektor awam, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembentukan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan di peringkat pentadbiran. Penglibatan dalam pelbagai dasar kerajaan telah memperkaya pengalaman beliau dalam memastikan setiap dasar diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan. Menurut beliau, setiap dasar yang digubal mempunyai skop pelaksanaan yang berbeza mengikut peringkat pentadbiran.
CABARAN MEMBUAT DAN MELAKSANAKAN DASARCabaran Utama Dalam Pelaksanaan Dasar Cabaran utama dalam menyeimbangkan pelaksanaan dasar dengan kehendak masyarakat ialah ketidakpuasan hati yang timbul dalam kalangan pihak yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan sesuatu dasar. Beliau menjelaskan bahawa setiap dasar baharu lazimnya membawa perubahan terhadap amalan dan prosedur kerja sedia ada. Perubahan ini sering menimbulkan rasa kurang selesa, khususnya apabila melibatkan kawalan yang lebih ketat atau perubahan kepada rutin harian.
Page 88 Cabaran Mengimbangi Kepentingan Pelbagai Pihak
Page 99 Kekangan Bajet atau Tenaga Kerja Dalam Perlaksanaan Dasar
Page 1010 Pengaruh Birokrasi dan Struktur Hierarki Dalam Proses Pembentukan Dasar
Page 1111 Cabaran dalam Mendapatkan dan Mengurus Input Pihak Berkepentingan
Page 1313 Cabaran Dalam Mengukur Kejayaan atau Kesan Sesuatu Dasar
Pengaruh komunikasi Terhadap Pelaksanaan DasarDOOD Pengaruh komunikasi menurut Encik Shahrul Bin Harun merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar. Sesebuah dasar yang baik sekalipun boleh menerima tentangan sekiranya objektif, tujuan dan rasional pelaksanaannya tidak disampaikan dengan jelas kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan sejak peringkat awal sebelum sesuatu dasar diperkenalkan.
SENARAIRUJUKAN Ahmad Atory Husain, & Malike Brahim. (2017). Politik pentadbiran di Malaysia: Penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional.