16 pages · tap a page to read its text
Menelusuri Cabaran Pembentukan dan Pelaksanaan Dasar Awam di Malaysia
HASIL TEMU BUAL AKADEMIK Hasil temu bual bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berkaitan proses pembentukan, pelaksanaan dan cabaran dasar awam.
Prof. Madya Dr. Nur Syakiran Akmal binti Ismail
Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sungai Petani, Kedah
SanDisk Storage Malaysia, Batu Kawan, Pulau Pinang
Tugasan ini menelusuri secara mendalam cabaran yang dihadapi dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar sektor awam. Perbincangan ini diperkukuhkan melalui perkongsian pengalaman serta pandangan daripada seorang pegawai kanan keraajaan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam.
Tokoh yang dimaksudkan adalah En. Shahrul Bin Harun, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M11 yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang.
Menerusi temu bual yang dijalankan, beliau berkongsi pandangan mengenai cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam dalam menterjemahkan dasar kepada tindakan yang berkesan. Antara cabaran yang dikenal pasti termasuklah penyelarasan antara agensi, keterbatasan sumber serta keperluan menyesuaikan dasar dengan perkembangan semasa. Perkongsian ini memberikan gambaran sebenar tentang pelaksanaan dasar di lapangan dan membantu meningkatkan pemahaman terhadap faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu dasar.
Kekangan Bajet atau Tenaga Kerja Dalam Perlaksanaan Dasar Cabaran Menyeimbangkan Dasar dengan Kehendak Masyarakat
Pengaruh Birokrasi dan Struktur Hierarki Dalam Proses Pembentukan Dasar Kepentingan Maklumat dan Data dalam Pembentukan Dasar Tempoh Pengumpulan Data Bergantung pada Skala Pembentukan Dasar
Cabaran Dalam Mendapatkan dan Mengurus Input Pihak Berkepentingan Peranan dan Penglibatan Pengurusan Tertinggi Dalam Proses Dasar
Kesimpulan
Keberkesanan Pelaksanaan Dasar di Lapangan: Cabaran Utama Tahap Penerimaan Daripada Pihak yang Terlibat dan Masyarakat
Cabaran Dalam Mengukur Kejayaan atau Kesan Sesuatu Dasar Peranan Teknologi Dalam Pelaksanaan Dasar
Pengaruh Komunikasi Terhadap Pelaksanaan Dasar
Encik Shahrul Bin Harun merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan awam. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menggalas pelbagai tanggungjawab penting di beberapa agensi kerajaan, sekali gus memperkukuh kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang pengurusan serta pentadbiran awam.
Beliau memulakan kerjaya di Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penempatan awal ini memberi ruang kepada beliau untuk terlibat secara langsung dengan perancangan pembangunan negeri dan penyelarasan dasar. Dalam masa yang sama, pengalaman yang diperoleh dalam pengurusan pentadbiran awam di peringkat negeri telah memperkukuh profesionalisme serta meningkatkan keupayaan beliau dalam mengendalikan pelbagai urusan pentadbiran secara berkesan. Kredibiliti beliau terserlah apabila dilantik sebagai Ketua Unit Kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Di sini, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kewangan dan memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan secara telus, cekap dan berintegriti. Seterusnya, Encik Shahrul meneruskan khidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai Ketua Bahagian Kanan Keselamatan Jalan Raya dan Koperat. Pengalaman tersebut memperluaskan kepakaran beliau dalam aspek keselamatan jalan raya, pengurusan strategik serta pembangunan organisasi.
Kini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang. Berbekalkan pengalaman yang merentasi pelbagai sektor strategik kerajaan, beliau terus menampilkan kepimpinan yang berwibawa, profesional dan berintegriti dalam memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam kepada negara.
Sepanjang berkhidmat dalam sektor awam, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembentukan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan di peringkat pentadbiran. Penglibatan dalam pelbagai dasar kerajaan telah memperkaya pengalaman beliau dalam memastikan setiap dasar diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan. Menurut beliau, setiap dasar yang digubal mempunyai skop pelaksanaan yang berbeza mengikut peringkat pentadbiran.
Di peringkat Persekutuan, sesuatu dasar lazimnya melibatkan pemakaian di seluruh negara dan dilaksanakan secara seragam bagi memastikan matlamat nasional dapat dicapai. Dasar-dasar ini diterjemahkan kepada pelbagai program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat di setiap negeri.
Di peringkat negeri pula, pelaksanaan dasar diselaraskan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap agenda pembangunan disesuaikan dengan keperluan dan keutamaan negeri. Sementara itu, di peringkat kerajaan tempatan, dasar diterjemahkan kepada pelaksanaan yang lebih dekat dengan masyarakat melalui penyampaian perkhidmatan, pembangunan infrastruktur, pengurusan bandar serta kebajikan komuniti.
Pengalaman merentasi ketiga-tiga peringkat pentadbiran ini menjadikan beliau memiliki perspektif yang luas dalam memastikan setiap dasar bukan sahaja dirancang dengan baik, malah mampu dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Cabaran utama dalam menyeimbangkan pelaksanaan dasar dengan kehendak masyarakat ialah ketidakpuasan hati yang timbul dalam kalangan pihak yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan sesuatu dasar. Beliau menjelaskan bahawa setiap dasar baharu lazimnya membawa perubahan terhadap amalan dan prosedur kerja sedia ada. Perubahan ini sering menimbulkan rasa kurang selesa, khususnya apabila melibatkan kawalan yang lebih ketat atau perubahan kepada rutin harian.
Beliau memberi contoh pelaksanaan kawalan dalaman yang diterapkan oleh beliau seperti amalan carpool dan penggunaan sistem transaksi Touch 'n Go. Pelaksanaan kawalan dalaman seperti ini bertujuan memperkemas pengurusan operasi melalui penggunaan sumber yang lebih efisien. Selain daripada itu, tujuan ianya dilaksanakan adalah bagi memastikan tiada unsur penipuan dalam tuntutan perjalanan yang telah dibuat. Melalui pemantau seperti ini ianya bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi akauntabiliti dalam setiap urusan dan ketulusan dalam melaksanakan tugas.
Namun begitu, pelaksanaan dasar yang dilakukan ini menerima pelbagai reaksi negatif pada peringkat awal oleh pengguna dan kakitangan yang terlibat secara langsung. Oleh itu, beliau mengakui bahawa setiap dasar baharu tidak terlepas daripada pelbagai reaksi dan kritikan. Namun, keadaan itu dianggap sebagai lumrah dalam proses pelaksanaan kerana manfaat sebenar sesuatu dasar lazimnya hanya dapat dinilai setelah ia dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Selain itu, langkah kawalan yang diperkenalkan bagi mengawal pergerakan kakitangan turut menerima tentangan daripada sebahagian pihak. Menurut En. Shahrul, tentangan sedemikian merupakan perkara yang lazim dalam pelaksanaan dasar kerana perubahan sering menuntut penyesuaian daripada semua pihak. Justeru itu, beliau menegaskan bahawa komunikasi yang jelas, penerangan yang menyeluruh serta penglibatan pihak berkepentingan dalam proses pelaksanaan amat penting bagi meningkatkan penerimaan dan memastikan objektif dasar dapat dicapai tanpa menjejaskan keharmonian organisasi.
Menurut Encik Shahrul Bin Harun, antara cabaran utama dalam melaksanakan sesuatu dasar ialah tekanan yang datang daripada pelbagai pihak. Beliau menjelaskan bahawa setiap dasar baharu yang diperkenalkan lazimnya akan menerima pelbagai reaksi, khususnya daripada warga kerja di peringkat bawahan yang berasa kurang berpuas hati terhadap perubahan yang ingin dilaksanakan. Penolakan kebiasaannya berpunca daripada kebimbangan terhadap perubahan rutin kerja, tanggungjawab atau kepentingan tertentu.
DO ini
Selain itu, beliau turut berkongsi bahawa terdapat segelintir individu yang menggunakan pengaruh pegawai lain bagi mempengaruhi pandangan warga organisasi supaya tidak menyokong dasar yang dicadangkan. Lebih mencabar, terdapat juga permintaan khusus daripada segelintir pihak atau golongan berkepentingan yang cuba mempengaruhi pihak pengurusan agar dasar yang telah dirancang tidak diteruskan atau pelaksanaannya ditangguhkan. Tekanan sedemikian memerlukan pemimpin bertindak secara profesional, berpegang teguh kepada prinsip tadbir urus yang baik serta membuat keputusan berdasarkan kepentingan organisasi dan dasar kerajaan, bukannya dipengaruhi oleh kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Menurut Encik Shahrul, ketegasan, integriti dan komunikasi yang berkesan merupakan elemen penting bagi memastikan sesuatu dasar dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Kekangan Bajet atau Tenaga Kerja Dalam Perlaksanaan Dasar
Dalam konteks ini, beliau menegaskan bahawa keperluan peruntukan kewangan tidak boleh ditentukan secara umum, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan skop pelaksanaan, objektif serta impak yang ingin dicapai oleh sesuatu dasar. Jelas beliau lagi, terdapat dasar yang memerlukan peruntukan kewangan yang besar kerana melibatkan pembangunan infrastruktur, penyediaan kemudahan baharu, penambahan aset serta pengambilan anggota. Namun begitu, terdapat juga dasar yang boleh dilaksanakan tanpa memerlukan sebarang peruntukan tambahan kerana hanya melibatkan penambahbaikan proses kerja, penyusunan semula struktur organisasi atau pengukuhan sistem pengurusan dalaman. Berdasarkan pengalaman beliau, kebanyakan dasar yang pernah dilaksanakan lebih tertumpu kepada penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Oleh itu, pelaksanaannya tidak memerlukan bajet atau peruntukan kewangan yang khusus. Sebaliknya, kejayaan dasar tersebut lebih bergantung kepada komitmen warga kerja, kerjasama antara bahagian serta keberkesanan penyelarasan dalam organisasi. Justeru itu, beliau tidak pernah berhadapan dengan kekangan bajet yang ketara ketika melaksanakan dasar-dasar berkenaan.
Walaubagaimanapun, beliau turut berkongsi pengalaman mengendalikan dasar yang memerlukan peruntukan kewangan dan sumber manusia tambahan. Ini terjadi sewaktu beliau terlibat dalam pelaksanaan inisiatif penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Menurut beliau, pelaksanaan dasar tersebut bukan sahaja memerlukan bajet tambahan bagi tujuan operasi, malah turut melibatkan pertambahan penjawatan. Hal ini berlaku disebabkan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan setiap perkhidmatan dapat disampaikan di bawah satu bumbung tanpa menjejaskan kualiti penyampaian kepada rakyat. Beliau berpandangan bahawa keperluan kewangan bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan kejayaan sesuatu dasar. Sebaliknya, kejayaan sesuatu dasar lebih bergantung kepada perancangan yang sistematik, kepimpinan yang berkesan dan kerjasama semua pihak.
LEATSEN
Bersandarkan pengalaman dalam perkhidmatan awam, Encik Shahrul berpandangan bahawa konflik yang besar antara pelaksanaan dasar dengan kehendak masyarakat jarang berlaku. Namun begitu, beliau mengakui terdapat keadaan tertentu apabila kehendak atau permintaan individu tidak dapat dipenuhi. Hal ini disebabkan pihak pengurusan perlu mematuhi dasar, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dalam situasi seperti ini, setiap keputusan perlu dibuat secara objektif dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik, tanpa dipengaruhi oleh desakan atau kepentingan mana-mana pihak. Beliau menjelaskan bahawa setiap dasar digubal demi kepentingan awam, justeru kepentingan individu tidak dapat diutamakan jika bercanggah dengan matlamat dasar.
Beliau menegaskan bahawa sebagai penjawat awam, setiap tindakan hendaklah berpandukan kepada dasar yang berkuat kuasa serta kepentingan organisasi dan negara, bukannya dipengaruhi oleh tekanan atau tuntutan individu. Sikap berkecuali dan berintegriti amat penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah adil, telus dan konsisten. Apabila sesuatu permintaan tidak dapat dipenuhi, pihak yang terkesan perlu diberikan penjelasan yang jelas dan telus agar mereka memahami rasional keputusan tersebut. Menurut beliau, penjelasan yang baik bukan sahaja dapat mengurangkan rasa tidak puas hati, malah membantu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi kerajaan.
Beliau menjelaskan bahawa komunikasi yang profesional merupakan elemen penting dalam memastikan pelaksanaan dasar diterima dengan baik oleh semua pihak. Penjelasan yang disampaikan secara berhemah, disokong dengan fakta serta alasan yang munasabah mampu mengurangkan salah faham dan mengelakkan tercetusnya persepsi negatif terhadap organisasi. Di samping itu, sikap terbuka untuk mendengar pandangan dan kebimbangan pihak yang terkesan turut membantu mewujudkan hubungan yang lebih baik antara organisasi dengan masyarakat. Beliau percaya bahawa komunikasi yang berkesan bukan sekadar menerangkan sesuatu keputusan, tetapi juga membina kepercayaan, meningkatkan penerimaan terhadap dasar kerajaan dan memastikan pelaksanaannya dapat diteruskan secara lancar tanpa menjejaskan kepentingan awam.
Pengaruh Birokrasi dan Struktur Hierarki Dalam Proses Pembentukan Dasar
Menurut beliau, setiap dasar perlu melalui beberapa peringkat kelulusan sebelum boleh dilaksanakan. Proses ini melibatkan penyediaan kertas kerja, pembentangan kepada pengurusan tertinggi dan hanya selepas mendapat kelulusan, dasar tersebut boleh dilaksanakan. Tanpa kelulusan pihak atasan, pelaksanaan sesuatu dasar boleh menimbulkan masalah dari sudut pentadbiran.
Beliau menjelaskan bahawa pembentukan dasar boleh berlaku melalui dua pendekatan, iaitu top-down (dari atas ke bawah) dan bottom-up (dari bawah ke atas). Walau bagaimanapun, beliau lebih cenderung kepada pendekatan bottom-up kerana pegawai di peringkat bawahan lebih memahami keperluan dan cabaran sebenar di lapangan. Menurut beliau, pandangan daripada pelaksana amat penting bagi memastikan dasar yang digubal lebih praktikal dan berkesan.
Dari aspek hirarki, setiap cadangan perlu melalui beberapa peringkat sebelum diluluskan. Sebagai contoh, cadangan yang disediakan oleh pegawai bawahan perlu mendapat sokongan pegawai penyelia terlebih dahulu sebelum dibawa kepada pengurusan tertinggi untuk pertimbangan dan kelulusan. Proses ini penting bagi memastikan setiap dasar diteliti dengan sewajarnya sebelum dilaksanakan.
Kepentingan Maklumat dan
Menurut beliau, kecukupan maklumat dan data bergantung kepada jenis serta skala sesuatu dasar yang ingin dibentuk. Bagi dasar di peringkat Persekutuan, data yang komprehensif dan sahih merupakan elemen penting dalam proses pembentukan dasar kerana setiap keputusan perlu disokong oleh bukti empirikal serta hasil kajian yang sistematik. Sebagai contoh, cadangan pembukaan sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) memerlukan analisis terhadap pelbagai aspek, termasuk taburan penduduk, lokasi yang strategik serta keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan di kawasan berkenaan bagi memastikan dasar yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan semasa.
Sebaliknya, di peringkat organisasi yang lebih kecil, penggunaan data masih penting tetapi lebih bersifat fleksibel dan disesuaikan dengan keperluan organisasi. Dalam situasi tertentu, keputusan boleh dibuat berdasarkan maklumat dalaman yang sedia ada, seperti peruntukan kewangan, sumber organisasi dan keperluan operasi semasa. Beliau memberi contoh bahawa walaupun pekeliling membenarkan pegawai menggunakan kenderaan sendiri bagi urusan rasmi, organisasi boleh menetapkan amalan berkongsi kenderaan (carpool) sebagai langkah mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengawal perbelanjaan apabila peruntukan kewangan adalah terhad.
Pendekatan ini menunjukkan bahawa data bukan sahaja berfungsi sebagai asas dalam pembentukan dasar, malah turut membantu organisasi membuat keputusan yang lebih cekap, praktikal dan berkesan mengikut keperluan semasa.
Tempoh Pengumpulan Data Bergantung pada Skala Pembentukan Dasar
Hasil temu bual menunjukkan bahawa tempoh pengumpulan maklumat bergantung pada skop, kompleksiti dan jenis dasar yang ingin dibangunkan. Bagi dasar di peringkat organisasi, maklumat lazimnya telah tersedia dalam rekod dalaman dan hanya memerlukan proses semakan serta pengesahan tanpa melibatkan kajian yang menyeluruh atau khidmat perunding.
Sebaliknya, bagi dasar di peringkat yang lebih besar, khususnya di peringkat nasional, proses pengumpulan data memerlukan tempoh yang lebih panjang kerana melibatkan analisis yang komprehensif serta pengumpulan maklumat daripada pelbagai agensi berkaitan, termasuk Jabatan Perangkaan.
Proses ini penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil berasaskan data yang sahih, tepat dan relevan, sekali gus menghasilkan dasar yang lebih berkesan serta memenuhi keperluan semasa.
Cabaran dalam Mendapatkan dan Mengurus Input Pihak Berkepentingan
Menurut beliau, cabaran utama dalam proses pembentukan dasar bukanlah terletak pada aspek mendapatkan input daripada pihak berkepentingan, sebaliknya pada keperluan untuk mengurus perubahan maklumat dan keperluan yang berlaku secara berterusan sepanjang proses perbincangan. Beliau menjelaskan bahawa pembentukan sesuatu dasar merupakan satu proses yang bersifat dinamik, di mana cadangan awal lazimnya melalui pelbagai penambahbaikan berdasarkan maklum balas serta keperluan semasa daripada pelbagai pihak berkepentingan.
Sebagai contoh, beliau berkongsi pengalaman semasa terlibat dalam perancangan pembukaan sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) baharu di Seberang Perai. Pada peringkat awal, keperluan sumber manusia telah dikenal pasti berdasarkan perancangan awal, namun selepas beberapa siri mesyuarat dan sesi libat urus, terdapat perubahan ketara terhadap keperluan tersebut berikutan input tambahan serta penyesuaian cadangan daripada pihak berkaitan di peringkat persekutuan.
Beliau berpandangan bahawa perubahan terhadap maklumat dan keperluan sebegini merupakan fenomena yang lazim dalam proses pembentukan dasar. Walaupun ia berpotensi memanjangkan tempoh perancangan serta mempengaruhi aspek kos dan pelaksanaan, namun proses penambahbaikan secara berterusan ini adalah penting bagi memastikan dasar yang dibangunkan lebih komprehensif, responsif, serta benar-benar selaras dengan keperluan pelbagai pihak berkepentingan.
Peranan dan Penglibatan Pengurusan Tertinggi dalam Proses Dasar
Pengalaman beliau menunjukkan bahawa pembukaan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre, UTC) dilaksanakan melalui pendekatan top- down, iaitu keputusan awal dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi berdasarkan keperluan strategik sesuatu kawasan. Susulan itu, pasukan pelaksana dipertanggungjawabkan untuk merancang aspek pelaksanaan, termasuk reka bentuk operasi serta keperluan sumber yang berkaitan. Sebagai contoh, beliau berkongsi pengalaman semasa terlibat dalam perancangan pembukaan sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) baharu di Seberang Perai.
Pada peringkat awal, keperluan sumber manusia telah dikenal pasti berdasarkan Menurut beliau, pihak berkepentingan utama terdiri daripada kementerian dan agensi yang akan beroperasi di UTC. Penglibatan mereka penting bagi memastikan setiap keperluan operasi dikenal pasti dan diselaraskan. Walau bagaimanapun, maklum balas yang diterima sering berubah sepanjang proses perbincangan, menyebabkan keperluan sumber, anggaran kos dan perancangan pelaksanaan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa.
Keadaan ini sedikit memanjangkan proses keputusan, namun sebahagian penyelarasan bagi memastikan dasar yang dibangunkan lebih menyeluruh, praktikal dan memenuhi keperluan semua pihak terlibat. Perancangan awal, namun selepas beberapa siri mesyuarat dan sesi libat urus, terdapat perubahan ketara terhadap keperluan tersebut berikutan input tambahan serta penyesuaian cadangan daripada pihak berkaitan di peringkat persekutuan.
sebanyak membuat merupakan proses daripada
Keberkesanan Pelaksanaan Dasar di Lapangan: Cabaran Utama
Tahap Penerimaan Daripada Pihak Yang Terlibat dan Masyarakat
Menurut beliau, cabaran utama pelaksanaan sesuatu dasar ialah tahap penerimaan daripada pihak yang terlibat dan masyarakat. Beliau berpandangan bahawa setiap dasar yang diperkenalkan lazimnya akan menerima pelbagai reaksi, sama ada dalam bentuk sokongan mahupun bantahan. Oleh itu, penerimaan masyarakat merupakan faktor penting yang menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar.
Beliau menjelaskan bahawa di peringkat organisasi, cabaran tersebut biasanya lebih mudah diuruskan kerana pegawai dan kakitangan perlu mematuhi keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Walaupun terdapat perbezaan pandangan, pelaksanaan dasar tetap diteruskan mengikut arahan dan prosedur yang telah ditetapkan.
Sebaliknya, bagi dasar yang melibatkan masyarakat umum, cabarannya adalah lebih kompleks kerana setiap individu mempunyai kepentingan dan perspektif yang berbeza. Beliau memberikan contoh isu berkaitan kadar tol dan pinjaman PTPTN yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat. Sebarang cadangan untuk mengekalkan, mengubah atau memansuhkan dasar tersebut lazimnya akan menerima reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.
Terdapat pihak yang menyokong perubahan atas alasan meringankan beban rakyat, manakala sebahagian lagi berpendapat bahawa perubahan tersebut perlu mengambil kira aspek kewangan negara, komitmen sedia ada serta kelangsungan penyampaian perkhidmatan awam. Justeru, beliau menegaskan bahawa setiap perubahan dasar perlu disertakan dengan penjelasan yang jelas, telus dan berasaskan fakta agar objektif dasar dapat difahami dengan baik serta meningkatkan tahap penerimaan dalam kalangan pihak berkepentingan dan masyarakat.
Cabaran Dalam Mengukur Kejayaan atau Kesan Sesuatu Dasar
Beliau juga menyatakan bahawa perkembangan teknologi pada masa kini banyak membantu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan. Penggunaan sistem digital membolehkan urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan telus berbanding kaedah manual. Teknologi turut memudahkan penyimpanan data, pemantauan pelaksanaan, penyediaan laporan serta perkongsian maklumat antara agensi kerajaan.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa penggunaan teknologi turut menghadirkan beberapa cabaran. Antaranya ialah tahap kemahiran pengguna yang berbeza, keperluan latihan kepada kakitangan serta perubahan budaya kerja daripada sistem manual kepada sistem digital. Dalam keadaan tertentu, masalah teknikal seperti gangguan sistem, capaian internet dan isu keselamatan data juga boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar.
Menurut Encik Shahrul Bin Harun, antara cabaran terbesar dalam mengukur kejayaan sesuatu dasar ialah menentukan petunjuk prestasi (Key Performance Indicators, KPI) yang benar-benar menggambarkan keberkesanan dasar tersebut. Beliau menjelaskan bahawa terdapat dasar yang impaknya boleh diukur dalam tempoh yang singkat melalui pencapaian sasaran tertentu seperti peningkatan produktiviti, penjimatan kos atau pengurangan aduan. Namun begitu, terdapat juga dasar yang hanya menunjukkan kesan dalam tempoh jangka sederhana atau panjang, khususnya dasar yang melibatkan perubahan budaya kerja, perubahan sikap serta penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
Beliau turut berpandangan bahawa kejayaan sesuatu dasar tidak boleh dinilai berdasarkan satu indikator sahaja. Sebaliknya, penilaian perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti tahap pematuhan terhadap dasar, keberkesanan pelaksanaan di lapangan, maklum balas daripada pihak berkepentingan serta impak terhadap organisasi dan masyarakat. Penilaian secara menyeluruh ini membolehkan kelemahan sesuatu dasar dikenal pasti lebih awal sebelum tindakan penambahbaikan dilaksanakan.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa proses pemantauan dan penilaian perlu dilaksanakan secara berterusan, bukannya hanya selepas sesuatu dasar selesai dilaksanakan. Pendekatan ini membolehkan organisasi menyesuaikan pelaksanaan dasar mengikut perubahan persekitaran, keperluan semasa dan cabaran baharu yang timbul supaya matlamat asal dasar dapat dicapai dengan lebih berkesan.
Beliau berpandangan bahawa teknologi bukanlah penghalang kepada pelaksanaan dasar, sebaliknya merupakan satu keperluan dalam memperkukuh sistem penyampaianperkhidmatan awam. Oleh itu, organisasi perlu sentiasa meningkatkan kompetensi warga kerja serta memastikan infrastruktur teknologi sentiasa diperkukuhkan supaya pelaksanaan dasar dapat dijalankan dengan lebih efisien dan memenuhi kehendak masyarakat.
Pengaruh komunikasi menurut Encik Shahrul Bin Harun merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar. Sesebuah dasar yang baik sekalipun boleh menerima tentangan sekiranya objektif, tujuan dan rasional pelaksanaannya tidak disampaikan dengan jelas kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan sejak peringkat awal sebelum sesuatu dasar diperkenalkan.
Beliau menjelaskan bahawa penyampaian maklumat yang jelas mampu mengurangkan salah faham, meningkatkan tahap kefahaman serta mewujudkan keyakinan dalam kalangan kakitangan dan masyarakat. Sebaliknya, kelemahan komunikasi boleh menyebabkan penyebaran maklumat yang tidak tepat, timbulnya persepsi negatif dan penolakan terhadap dasar yang diperkenalkan.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa komunikasi bukan sekadar menyampaikan arahan, malah melibatkan proses mendengar maklum balas daripada pihak berkepentingan. Melalui komunikasi dua hala, organisasi dapat mengenal pasti isu yang timbul di lapangan, memahami kebimbangan pihak yang terlibat dan mengambil tindakan penambahbaikan dengan lebih cepat. Justeru, komunikasi yang berkesan bukan sahaja membantu melancarkan pelaksanaan dasar, malah mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan.
Secara keseluruhannya, hasil temu bual bersama Encik Shahrul Bin Harun menunjukkan bahawa cabaran dalam membuat dan melaksanakan dasar bukan sahaja melibatkan aspek perancangan, malah turut merangkumi proses pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.
Antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah penerimaan masyarakat, tekanan daripada pelbagai pihak, birokrasi, perubahan keperluan semasa, penggunaan teknologi serta keberkesanan komunikasi dalam menyampaikan sesuatu dasar. Walaupun setiap dasar berhadapan dengan cabaran yang berbeza, kejayaan beliau banyak bergantung kepada kepimpinan yang berintegriti, perancangan yang sistematik, penggunaan data yang tepat serta kerjasama semua pihak berkepentingan.
Oleh itu, dasar yang dirancang secara teliti, disokong oleh komunikasi yang berkesan dan penambahbaikan secara berterusan akan lebih berupaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada organisasi dan masyarakat secara menyeluruh.
Ahmad Atory Husain, & Malike Brahim. (2017). Politik pentadbiran di Malaysia: Penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional.
Jurnalkemanusiaan. Utm.My, 1, 23-38.
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/164
AWANG BESAR, J. (2012). Persepsi Belia Terhadap Isu Politik Dan Dasar Kerajaan Malaysia. Asia Pacific Journal of Youth Studies, 7(1), 1-23. https://doi.org/10.56390/apjys2024.7.10
Buyung, M. R., & Shafii, H. (2018). Kajian Pandangan Pihak Pembuat Dasar Terhadap Konsep Kolej Kediaman Lestari Di Universiti Awam Malaysia. Journal of Techno Social, 10(1), 63-75. https://doi.org/10.30880/jts.2018.10.01.008
MOHAMED, H. A.-B., ABDUL RAUF, U. F., WAN YUSOFF, W. Y., & ABD RAHMAN, N. (2024). Cabaran Kelestarian Dalam Pelaksanaan Piawaian Sistem Pengurusan Kualiti: Satu Pengalaman Di Sebuah Universiti Berfokus. Journal of Business and Social Development, 12(1), 17-30. https://doi.org/10.46754/jbsd.2024.03.002
Saadon Awang. (2006). Pentadbiran Awam dan Proses-proses Pengurusan : Satu Kerangka Konseptual Public Administration and Management Processes: A Conceptual Framework. Journal of Ethics, Legal and Governance, 2, 42-57.
Suhaimi, S. (2025). CABARAN BELIA: MENEMPUH HALANGAN MENUJU. 21, 150-156.
Noor Faizzah Dollah, I. S. (2025). Bureaucratic Structures in the Digital Age: The Future of Public Policy Implementation Efficiency. Humanity & Social Sciences Journal 20 (2): 32-41, 2025.
SAADAN, K. F. (2025). Interorganisational Collaboration Workflow Challenges and the Potential of Technology Integration for E-Payment Process Improvement: A Case Study of a Malaysian Public Sector Agency. Asian Journal of Accounting and Governance 24(2025).
Syafini Samsudin, M. H. (2024). Challenges in Applying IR4.0 Technologies to Improve Organizational Structure and Positions: The Case of Malaysian Public Agencies. Jurnal Pengurusan 70(2024).
(DOSM), J. P. (2024). Latar Belakang, Peranan dan Fungsi.
https://www.dosm.gov.my/portal-main/article/background-role-function/
Kraft, M. E., & Furlong, S. (2014, November). Dasar Awam: Politik, Analisis dan Alternatif. https://edge.sagepub.com/kraft5e