10 pages · tap a page to read its text
LAYARI PORTAL RMR E-STATUS PAHANG https://rmr-pahang-portal. emergentagent.host
Salam Sejahtera, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri di atas tanah sendiri dengan harga yang mampu dimiliki.
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, telus dan mesra rakyat dalam setiap proses permohonan sehingga penyerahan rumah.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda dalam membuat permohonan dan merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.
Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah inisiatif SPNB untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri di atas tanah sendiri dengan harga yang mampu dimiliki.
Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
(jika melebihi 43 tahun, pemohon bersama diperlukan).
Pendapatan bulanan satu rumah RM750 - RM5,000.
Pemohon dan pasangan (jika ada) tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
Berkahwin atau bujang (Belum berkahwin / balu/tapa tunggal / bercerai / duda).
Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya.
Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin).
Salinan kad pengenalan tuan tanah.
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
Salinan geran individu tanah berstatus dan sijil carian rasmi (carian Pejabat Tanah yang terbaru).
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang sempurna.
E Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
Hakmilik Terpelihara SPNB Pahang
SPNB asics
Pastikan semua keperluan disediakan sebelum pembinaan bermula.